loading...

Masyarakat Bertemu Dapatkan Definisi Pulau Galau & Pemakai Menoa

KUCHING – Kira-kira 400 pemimpin masyarakat dari suku kaum Iban, Bidayuh, Orang Ulu, Melayu dan Melanau di Sarawak akan menghadiri seminar mengenai isu Pulau Galau dan Pemakai Menoa (PGPM) yang akan diadakan dari 23 hingga 25 Jan di sebuah hotel di sini.

“Pada seminar itu, kami berharap kami akhirnya akan mendapat definisi yang tepat mengenai pulau galau dan pemakai menoa yang dipersetujui oleh semua pemimpin komuniti,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga pengerusi jawatankuasa pasukan petugas PGPM.

Uggah berkata seminar itu diadakan sebelum pindaan Kanun Tanah Sarawak dibentangkan pada persidangan dewan undangan negeri pada Mei.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memberi penghormatan terakhir kepada bekas menteri Kabinet Sarawak Tan Sri Celestine Ujang Anak Jilan di kediamannya di Jalan Urat Mata, Tabuan Jaya di sini hari ini.

Mendiang, 70, meninggal dunia di sebuah hospital swasta di sini malam tadi.

Beliau berkata ketika peguam besar negeri sedang memuktamadkan perincian pindaan kanun tanah, jawatankuasa pasukan petugas dan ketiga-tiga ketua masyarakat sedang mengkaji definisi pemakai menoa dan pulau galau.

“Ini untuk memastikan komitmen kita membentangkan pindaan tersebut pada mei menjadi realiti,” kata Uggah sambil berkata beliau bersedia mendengar cadangan dan kritikan.

“Kita tidak boleh lari daripada kritikan…dan saya fikir kita dalam kerajaan harus bersedia mendengar semua pandangan,” kata beliau. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus