loading...

Warga Kampus UKM Nikmati Kemudahan Wifi Maxis

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan penyedia telekomunikasi, Maxis Bhd menjalin kerjasama bagi kemudahan perkhidmatan WiFi di 13 kampus universiti itu di seluruh negara.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata kerjasama itu membolehkan komuniti 30,000 penuntut terbabit menikmati kemudahan itu pada bila-bila masa dan di mana sahaja menggunakan rangkaian terbaik 4G LTE di negara ini.

“Selain kawasan kampus, bas UKM terpilih yang beroperasi di sekitar laluan Bangi, turut dipasang dengan kemudahan WiFi percuma itu bagi memastikan para penuntut memanfaatkannya sewaktu dalam perjalanan.

“UKM juga berhasrat untuk melahirkan generasi digital, malah setiap pekerja dan penuntutnya dipersiapkan untuk menerapkan teknologi maklumat dan komunikasi yang tepat dalam semua aktiviti seperti penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran selain rangkaian industri dan komuniti,” katanya.

Menurut syarikat itu, kerjasama tersebut turut diperluaskan kepada inisiatif pembangunan pelajar seperti peluang latihan industri dengan syarikat telekomunikasi berkenaan, program keusahawanan penuntut serta sesi bengkel oleh barisan pengurusan kanan Maxis. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus