loading...

Jumlah Mangsa Banjir Di Pahang Kembali Berkurangan

KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di empat buah daerah di Pahang kembali berkurangan kepada 325 orang setakat jam 9 malam ini yang ditempatkan di lapan pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 490 orang petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Pahang Kolonel (PA) Zainal Yusof berkata, Pekan mencatatkan mangsa paling ramai iaitu 270 orang di empat PPS.

“Empat PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan Temai yang menempatkan 122 orang, Pusat Pemindahan Pulau Manis (75), Dewan Serbaguna Tanjung Pulai (39) dan SK Acheh (34),” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.

Di Raub, katanya 49 orang ditempatkan di Masjid Jamek Kuala Semantan (23) dan Balai Raya Kampung Tersang (26).

Di Maran, pula tiga sekeluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian manakala daerah Lipis turut menempatkan tiga sekeluarga di Dewan Terbuka Kampung Kuala Serau. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus