loading...

Bini Bekas Bintang Arsenal Nak Potong Jari Model

“JANGAN kacau laki aku, kalau tak aku potong tangan jari-jari kau,’’ demikian lebih kurang amaran yang diberikan oleh isteri bekas bintang Arsenal, Andrey Arshavin kepada Olga Semenova.

Wanita itu, Alisa Arshavina membuat ugutan berkenaan selepas suaminya dirakamkan dalam keadaan intim bersama dengan Olga.

Olga adalah seorang model dan gambar itu dirakamkan di sebuah restoran di Almaty, Kazakhstan.

Selepas melihat gambar berkenaan, Alisa telah menghubungi Olga menerusi dalam talian dan bertanya apa yang dilakukan oleh model itu dengan suaminya.

Alisa juga dilaporkan memberi amaran kepada Olga bahawa dia akan datang ke Kazakhstan tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Olga berkata dia dan Andrey bersama-sama dengan sekumpulan rakan sedang menikmati makan malam dan tidak menyangka “an innocent game” yang mereka mainkan akan mencetuskan kesan.

“Tiada orang berhak untuk dimalukan sedemikian rupa, menghina saya dan lebih teruk mengugut saya dengan hukuman. Saya mempunyai pendapatan yang baik dan menjalani kehidupan yang sihat,’’ kata Olga yang mahu melaporkan kepada polis di Almaty dan badan sukan.

Andrey, pernah bermain sebanyak 105 kali dengan Arsenal pada 2009 hingga 2013 dan kini bermain untuk Almaty FC.

Dia berkahwin dengan Alisa selepas menceraikan isterinya, Julia Baranovskaya pada 2013 dan mempunyai tiga anak. – Mynewshub.cc

Loading...

Share on Google Plus