loading...

“Tipu Sampai Percaya” – Dedah Bekas Editor PKR

BONGKAR… Pembangkang memang tidak hirau fakta atau kebenaran dalam melontarkan isu panas, asalkan apa yang ditimbulkan boleh mencetuskan persepsi buruk terhadap pihak kerajaan.

Itu yang didedahkan Datuk Seri Dzulkarnain Taib yang pernah menjadi Editor Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berfungsi menyebarkan cerita fitnah demi hasut rakyat benci Barisan Nasional (BN).

Ujarnya yang kini merupakan Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, prinsip sama digunakan Ketua Propaganda Nazi, Joseph Goebbels iaitu penipuan secara berterusan akhirnya akan dianggap sebagai satu kebenaran.

“Sebagai contoh, ketika saya menjadi Ketua Pengarang Suara Keadilan, PKR mahu akhbar ini untuk menyiarkan tajuk utama ‘Felda Bankrap’. Tapi ketika itu saya tidak bersetuju dengan arahan parti tersebut.

“Ini kerana artikel sensasi berkenaan memang jelas langsung tidak ada bukti dan fakta kukuh untuk membenarkan perkara tersebut malah jelas berbaur fitnah,” kata Duzlkarnain yang dipetik oleh portal UMNO Online.

Suara Keadilan merupakan lidah rasmi PKR sejak awal penubuhannya dan kata Dzulkarnain, parti tetap berkeras mahukan isu Felda konon sudah muflis sebagai tajuk muka hadapan untuk mempengaruhi peneroka skim tanah itu.

“Dan sebaik sahaja keluar berita tersebut, saya serta merta dihubungi oleh KDN untuk hadir memberikan penjelasan berhubung isu tersebut. Dalam sehari dua, kami menerima pula surat saman fitnah daripada Felda berhubung artikel itu,” ujarnya

Tuduhan Felda Bankrap dinyatakan tidak lain adalah Presiden PKR sendiri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2010, ditulis oleh wartawan Suara Keadilan, Rusnizam Mahat.

Penulisan Rusnizam turut memetik kenyataan Senator Dr. Syed Husin Ali.

Wan Azizah, Dr Syed Husin dan Rusnizam kemudiannya dihadapkan ke mahkamah dan selepas 7 tahun naik turut, ketiga-tiga mereka diperintahkan membayar RM2 juta kepada Felda diatas kenyataan fitnah tersebut.

“Ini merupakan salah satu contoh bagaimana dasar parti yang mengamalkan konsep penipuan yang diulang-ulang itu bagi mewujudkan persepsi negatif rakyat, mengelirukan rakyat sehinggakan penipuan itu terlihat sebagai satu kebenaran.

“Dan perkara inilah yang berterusan dilakukan oleh pembangkang hari ini dengan menipu dan memanipulasikan cerita dan berita untuk mengelirukan rakyat. Dan saya jangka ianya akan menjadi lebih hebat menjelang PRU 14 tidak lama lagi,” kata Dzulkarnain menjelaskan strategi ala Nazi pembangkang menyebarkan penipuan.

Katanya, setiap pembohongan pakatan ‘ditelan’ penyokongnya taksubnya bulat-bulat tanpa berfikir panjang berikutan pemikiran mereka sudah didoktirnkan sebegitu rupa.

“Kebanyakkan penyokong pembangkang memiliki sikap taksub kepada pembangkang kerana pemikiran mereka telah didoktrin sekian lama untuk menerima dan membenarkan apa saja makkumat yang datangnya dari pihak pembangkang.

“Sebab itu pembangkang tidak takut dan tidak teragak-agak untuk melontarkan cerita-cerita bohong tentang kerajaan kepada rakyat, kerana mereka yakin penyokong mereka akan membela dan membenarkan cerita bohong itu sehingga tampak ia seolah-olah satu kebenaran,” jelasnya lagi.

Loading...

Share on Google Plus