loading...

Pemulihan Bekalan Air Di KL, K. langat, Petaling Bawah 50%

KUALA LUMPUR – Proses pemulihan bekalan air di kawasan sekitar Lembah Klang sejak semalam berjalan lancar dan pulih secara berperingkat-peringkat, dengan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masih mencatatkan kadar pemulihan yang rendah.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), setakat pukul 7 pagi ini peratusan pemulihan berdasarkan jumlah keseluruhan akaun yang terkesan adalah sebanyak 73 peratus.

Dalam tempoh itu, peratusan pemulihan di kawasan Petaling, Kuala Lumpur dan Kuala Langat masing-masing pada kadar 47.5 peratus, 30.4 peratus dan 17.8 peratus.

Bagi daerah Hulu Selangor, Klang dan Gombak, peratusan pemulihan masing-masing adalah 98.8 peratus, 85.5 peratus dan 77.8 peratus.

“Bantuan bekalan melalui lori-lori tangki air digerakkan secara berterusan ke kawasan yang masih dalam proses pemulihan dan Pusat Khidmat Setempat diaktifkan sehingga bekalan air pulih sepenuhnya,” kata Syabas dalam satu kenyataan.

Pelanggan boleh mendapat maklumat terkini dengan menghubungi pusat panggilan talian 15300 atau 1800-88-5252 dan mendapatkan status terkini mengenai ganggunan bekalan air melalui aplikasi telefon bimbit pintar ‘mySYABAS’, www.syabas.com.my dan Facebook Air Selangor. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus