loading...

15 Maut, Kereta Api Bertembung Di Mesir

SEKURANG-KURANGNYA 15 maut dan 40 lagi cedera dalam kemalangan kereta api di wilayah Beheira, Mesir, semalam, lapor agensi berita rasmi MENA yang memetik jurucakap Kementerian Pengangkutan.

Pengarah keselamatan wilayah memberitahu, kemalangan berlaku apabila dua gerabak kereta api penumpang terpisah daripada lokomotif sebelum berlanggar dengan sebuah kereta api kargo.

Media tempatan melaporkan, kira-kira 30 ambulans dihantar ke lokasi kejadian untuk membawa mangsa yang cedera ke hospital.

Menurut saksi, kemalangan itu berlaku selepas dua gerabak kereta api penumpang terpisah sebelum berlanggar dengan kereta api kargo.

Pihak berkuasa memberitahu, punca kejadian itu masih dalam siasatan.

Kemalangan itu berlaku beberapa bulan selepas sekurang-kurangnya 41 maut dalam nahas kereta api berhampiran Iskandariah pada Ogos tahun lalu. – Agensi/myMetro Online

Loading...

Share on Google Plus