loading...

PPM Muar Rampas Bubu Kambam Haram Di Batu Pahat

JOHOR BAHRU – Pasukan Polis Marin (PPM) Muar merampas tujuh bubu kambam tanpa lesen dalam Op Gelora di kawasan laut Sungai Ayam dekat Batu Pahat, hari ini.

Komander PPM Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata bubu haram yang tidak bertuan itu dibawa ke Jabatan Perikanan untuk tindakan selanjutnya mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.

“Bubu tersebut diharamkan penggunaannya oleh Jabatan Perikanan kerana ia memusnahkan benih ikan dan udang,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Khiu berkata pihaknya akan membanteras aktiviti terbabit secara berterusan bagi menjaga sumber laut dan memelihara khazanah ekologi maritim. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus