loading...

Polis Tahan 18 Pelayan Wanita Warga Filipina

SANDAKAN – Polis menahan 18 wanita warga Filipina yang bekerja sebagai pelayan tanpa memiliki mempunyai dokumen pengenalan diri di sebuah pusat hiburan berlesen di sini, awal hari ini.

Turut ditahan pemilik premis hiburan itu, seorang lelaki warga tempatan berusia 53 tahun serta tujuh pekerja termasuk seorang wanita dalam serbuan pukul 1.10 pagi yang dijalankan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Sabah dan Sandakan.

Ketua JSJ Sabah, Datuk Salehuddin Abdul Rahman berkata siasatan mendapati lima pekerja lelaki warga Filipina di premis berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri manakala pelayan wanita ditahan tersebut berusia antara 19 hingga 27 tahun.

Dalam kenyataan di sini, katanya, warga Filipina berkenaan ditahan mengikut Seksyen 36(1) (c) Akta Immigresen 1959/63 manakala pemilik premis itu disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Immigresen 1959/63 kerana mengambil pekerja asing tanpa permit sah.

Katanya, tindakan turut diambil terhadap pemilik premis kerana menjalankan perniagaan melebihi masa yang ditetapkan di bawah Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus