loading...

Mahathir Jadi PM ‘Sementara’ Jika Menang PRU14

KUALA LUMPUR – Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diumum sebagai calon Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi pilihanraya umum ke-14 (PRU14).

Bagaimanapun, Mahathir, 92, cuma akan menjadi PM ‘sementara’ sebelum misi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada penjara berhubung kes liwatnya itu berjaya, bagi menjadikan dirinya pula ‘naik’ sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.

Jika itu berlaku maka akan wujudlah gandingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri suami isteri yang pertama dalam sejarah Malaysia.

Ini kerana, Datuk Seri Wan Azizah Ismail telah diumumkan sebagai calon jawatan nombor dua terpenting dalam pentadbiran negara.

Keputusan ini diumumkan oleh Setiausaha PKR Datuk Saifuddin Abdullah di konvensyen parti tersebut di Shah Alam, Ahad.

Katanya, keputusan berkenaan dicapai oleh kepimpinan PKR pada semalam (Sabtu).

Saifuddin juga mengumumkan bahawa PKR sudah mencapai persetujuan mengenai pembahagian kerusi Parlimen untuk semenanjung.

Baca: PKR Pertaruhkan Kerusi Terbanyak PRU14

Dari 165 kerusi Parlimen itu, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding 52 kerusi, PKR 51, DAP 35 dan Parti Amanah 27.

Konvensyen itu juga bersetuju agar jawatan Perdana Menteri dihadkan untuk dua penggal sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Share on Google Plus