loading...

Leka Dengan Telefon, Kaki Putus ‘Digigit’ Lif

SEORANG wanita di Beijing, China terpaksa menanggung derita apabila kehilangan kaki kanannya akibat tersepit dengan pintu lif yang rosak.

Lapor Dailymail, kejadian itu berlaku pada 21 Jun tahun lepas namun ia menjadi tular setelah rekaman kejadian dimuat naik ke media sosial baru-baru ini.

Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV), wanita berambut pendek berkenaan pada mulanya dilihat leka berjalan sambil melihat telefon bimbitnya sebelum memasuki lif.

Bagaimanapun, mangsa yang tidak perasan lif tersebut sudah bergerak, tersadung sehingga menyebabkan dia jatuh ke lantai.

Bagai jatuh ditimpa tangga, ia kemudian menyebabkan kaki kanannya pula terperosok dalam ruang antara lif dan tingkat berkenaan.

Pintu lif terbabit kemudian tertutup dan terus bergerak ke tingkat atas tanpa sempat mangsa mengeluarkan kakinya.

Difahamkan, kaki mangsa terputus apabila lif itu mula bergerak ke tiga tingkat ke atas.

Lif itu kemudiannya berhenti selepas 30 saat, dan wanita itu cuba untuk mengeluarkan kakinya namun sudah terlambat apabila kakinya terputus sepenuhnya dari paras lutut.

Mangsa kelihatan jelas menahan kesakitan dan tiada maklumat lanjut mengenai keadaan mangsa sama ada masih hidup atau mati. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

Share on Google Plus