loading...

Lelaki Hilang Selepas Pasang Jerat Di Hutan Ditemukan Maut

SERIAN – Seorang lelaki yang hilang selepas keluar memasang jerat sejak Jumaat (22 Dis) di Kampung Mang Besi, Jalan Ensenggai di sini ditemukan meninggal dunia tengah hari tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata mangsa Bahet Ten, 55, ditemukan sepasukan anggota operasi mencari dan menyelamat (SAR) di tepi sungai kampung tersebut.

“Kira-kira 12.53 tengah hari tadi, pasukan SAR menjumpai mangsa di tepi sungai. Berdasarkan penemuan itu mangsa dipercayai tergelincir ketika meniti di atas titi buluh selepas memasang jerat.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Balai Bomba Serian memulakan operasi SAR selepas menerima laporan anggota keluarga kehilangan lelaki itu apabila gagal pulang selepas keluar memasang jerat. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus