loading...

Majlis Keselamatan PBB Digesa Lulus Gencatan Senjata

GENEVA/NEW YORK – Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) perlu diyakinkan terhadap perlunya gencatan senjata di wilayah terkepung Syria di Timur Ghouta di mana sekurang-kurangnya 370 orang dilaporkan terbunuh dalam tempoh lima hari lalu.

Penyelaras Kemanusiaan Krisis Syria PBB, Panos Moumtzis berkata, selepas semua imej mengerikan di Timur Ghouta dipaparkan sejak 72 jam lalu, jika ia tidak dapat meyakinkan anggota Majlis Keselamatan, beliau hilang punca.

“Selepas semua imej yang keluar dari Timur Ghouta sejak 72 jam lalu, jika ia tidak dapat meyakinkan anggota Majlis, negara anggota, mengenai keperluan satu gencatan senjata, secara jujurnya, kami tidak tahu apa perlu dilakukan,” kata Moumtzis.

Sementara itu di New York, diplomat PBB memberi tekanan ke atas rundingan sukar berkaitan draf resolusi menuntut gencatan senjata 30 hari di Syria, berharap mengelak veto Russia dalam undian Majlis Keselamatan.

Sweden dan Kuwait pada Rabu lalu memohon undian berhubung langkah itu, namun menjelang pagi Khamis, tiada keputusan menjadualkan undian.

Majlis itu akan bertemu jam 12 tengah hari waktu tempatan atas permintaan Russia bagi membincangkan krisis di Timur Ghouta ketika angka kematian akibat kempen udara ganas dilancarkan rejim Syria meningkat kepada 368 orang.

“Perlu ada keputusan tidak lama lagi. Penduduk di ambang maut,” kata Duta Sweden, Olof Skoog.

“Timur Ghouta diserang hebat. Ratusan kanak-kanak, orang awam menemui ajal ketika kita bercakap,” kata Duta Perancis Francois Delattre kepada media, menggesa tindakan segera.

Diplomat berkata, perbincangan peringkat tinggi sedang dilakukan berkaitan draf resolusi yang menuntut satu gencatan senjata bagi membolehkan penghantaran bantuan dan pemindahan perubatan. –Reuters/AFP/BH ONLINE

Loading...

Share on Google Plus