loading...

Malaysia Negara Contoh Perangi Keganasan

PUTRAJAYA – Setiausaha Agung Rabitah Al-Alami Al-Islami (Liga Dunia Islam) Dr Muhammad Abdul Kareem Al-Issa menzahirkan rasa kagumnya dengan usaha Malaysia dalam memerangi keganasan.

Beliau berkata Malaysia sememangnya satu contoh yang jelas kepada dunia Islam, terutama menerusi pendekatannya yang sederhana dalam menjamin keamanan dan kemakmuran negara ini.

“Malaysia dan Liga Dunia Islam bekerjasama dengan cara serupa dan pada tahap yang sama bagi menghapuskan keganasan dan memastikan kita dapat hidup dalam suasana damai dan harmoni,” katanya pada sidang berita selepas majlis penutupan Dialog Keselamatan Antarabangsa Putrajaya (PISD) 2018 di sini, hari ini.

Wacana berprofil tinggi mengenai isu keselamatan antarabangsa itu, yang bertemakan ‘Kebijaksanaan dan Kesederhanaan dalam Membanteras Keganasan’, dianjurkan oleh Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Rabitah Al-Alami Al-Islami, sebuah organisasi bukan kerajaan di Arab Saudi.

Lebih 1,000 peserta dari 14 negara termasuk negara bukan Islam menyertai dialog dua hari itu yang bermula semalam. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus