loading...

Jordan Setuju Bantu Lebih 45,000 Rakyat Syria

AMMAN – Jordan bersetuju untuk menghantar bantuan kemanusiaan kepada ribuan rakyat Syria yang terkandas di kawasan sempadan yang memisahkan kedua-dua negara itu, selepas menerima permohonan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Namun, jurucakap Kementerian Luar, Mohammed al-Kayed, berkata operasi pemberian bantuan kemanusiaan di kawasan sempadan di Rukban itu, hanya akan diadakan sekali sahaja.

Katanya, ia dilakukan bagi memenuhi permintaan daripada PBB dan ia akan dihantar ke kawasan terbabit menggunakan peralatan khas.

Berdasarkan imej satelit yang diperoleh PBB menganggarkan antara 45,000 hingga 50,000 rakyat Syria terkandas di sempadan berhampiran Rukban sejak beberapa bulan lalu.

Keadaan dijangka bertambah buruk menjelang tibanya musim sejuk di wilayah itu, yang diisytiharkan sebagai ‘zon perang’ oleh Jordan, susulan serangan pengebom nekad oleh kumpulan militan Daesh pada 2016 yang mengorbankan tujuh tentera negara itu. – AFP/BH ONLINE

Loading...

Share on Google Plus