loading...

“Apa Guna Bertudung Tapi Tak Solat?” – Ameera Khan

NIAT untuk berkongsi kegembiraan atas pemberian kakak tersayang ternyata bertukar menjadi bahan kecaman netizen menerusi Instagram milik adik Neelofa, Ameera Khan.

Baru-baru ini, Ameera memuat naik sekeping gambar memaparkan sejadah pemberian Neelofa melalui Insta Story miliknya yang menimbulkan reaksi kurang senang daripada seorang pengikutnya.

Individu yang tidak didedahkan identiti itu telah meninggalkan komen agak melampau dan biadab melalui ruangan komen pada Insta story berkenaan.

“Tak pakai tudung pun nak sembahyang,” ujar individu berkenaan.

Tidak mudah melatah dengan perkara sedemikian, Ameera dilihat membalas komen yang ditinggalkan itu dengan tenang menerusi satu kemas kini terbaharu menerusi Twitter pada Rabu.

Memetik posting berkenaan, Ameera menjelaskan bahawa dakwaan yang dilemparkan oleh individu berkenaan adalah tidak berasas sama sekali.

“Adalah lebih baik jika saya bermula dengan solat dan kemudian berhijab. Apa guna bertudung kalau tak solat? Tapi buat masa terdekat, saya tidak rancang untuk berhijab lagi,” tulisnya.

Ternyata kenyataan menerusi entri tersebut mendapat perhatian luas ramai netizen yang pada masa sama menyokong pendapat Ameera itu.

Pokok pangkalnya di sini, jangan busybody hal orang. Jaga tepi kain sendiri je sudah le… – MYNEWSHUB.CC/AM

Share on Google Plus