loading...

UMNO Rasah Sumbang Beg Sekolah Kepada 420 Pelajar

NILAI — UMNO Bahagian Rasah hari ini menyumbangkan beg sekolah kepada 420 pelajar yang terdiri daripada anak yatim dan golongan kurang berkemampuan dalam kawasan Parlimen Rasah, pada program ‘Moh Poie Sekolah’.

Naib Ketua UMNO bahagian itu Datuk Abdul Karim Mustafa berkata perkhidmatan gunting rambut secara percuma turut diberikan kepada pelajar yang hadir ke program itu,

“Ini merupakan program tahunan yang kita adalah sejak empat tahun lalu bagi membantu meringankan bebanan ibu bapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak mereka.

“Sumbangan ini diberikan kepada anak yatim, asnaf dan daripada keluarga kurang berkemampuan di 64 Cawangan UMNO di kawasan Parlimen Rasah. Kita juga berikan kepada pelajar tahfiz di kawasan sekitar,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan itu.

Beliau berkata pelajar lain yang tidak berada dalam senarai penerima sumbangan tetapi hadir ke program hari ini turut diberikan sumbangan beg sekolah. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus