loading...

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Insiden Rempuhan

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden rempuhan di Central Business District di Melbourne, Australia pada petang Khamis.

Dalam satu kenyataan hari ini, Wisma Putra berkata Pejabat Konsulat Jeneral di Melbourne sedang memantau perkembangan terkini insiden yang melibatkan seorang pemandu kenderaan jenis SUV merempuh orang awam di laluan pejalan kaki di Flinders dan Elizabeth Streets yang merupakan antara lokasi persimpangan paling sibuk di Melbourne.

Wisma Putra turut meminta rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular menghubungi Konsulat Malaysia di alamat Konsulat Jeneral Malaysia, St Kilda Road 432, Level 1 Melbourne, VIC 3004 Australia.

“Mereka juga boleh menghubungi melalui telefon (+61) 3 9573 5400 atau e-mel ke [email protected],” demikian menurut kenyataan itu.

Mengikut laporan media antarabangsa, sekurang-kurangnya 19 cedera dalam insiden yang berlaku kira-kira 4.40 petang tersebut. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus