loading...

Tahniah Mahfuz! Anda Anak Jantan, Bukan Pondan Siam

KOTA BHARU – Setelah sekian lama menjadi bahan jenaka sehingga pernah dikutuk sebagai pelawak dalam PAS sendiri, kepimpinan parti itu kini akhirnya dapat menarik nafas lega.

Malah Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, menyifatkan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, akhirnya bertindak sebagai anak jantan dan bukannya ‘pondan Siam’ apabila keluar daripada parti itu.

Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata, beliau secara peribadi berasa amat gembira dengan keputusan ‘bijak’ dan amat berani yang diambil oleh Mahfuz sambil menyifatkan seumpama duri telah tercabut dari daging PAS.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Mahfuz kerana berjaya menjadi anak jantan dan bukan lagi pondan Siam. Saya percaya PAS Pokok Sena secara khusus akan menjadi lebih kukuh dan lebih fokus.

“Ini termasuk dalam usaha mempertahankan kemenangan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14),” kata Mohd. Amar dipetik media tempatan menerusi kenyataan secara aplikasi Whatsapp pada hari ini.

Baca: Mahfuz Umum Keluar PAS, Mungkin Sertai PAN?

Mahfuz yang bersama dengan parti tersebut sejak 34 tahun lalu mengumumkan keluar daripada PAS dalam satu sidang akhbar khas di Alor Setar, Kedah yang berkuat kuasa menjelang jam 12 tengah malam ini.

Bekas Naib Presiden PAS itu bagaimanapun berkata, pada masa ini, beliau belum memutuskan untuk menyertai sebarang parti politik pembangkang lain sehingga konon selesai tempoh bertenang bagi dirinya sendiri.

Selain Mahfuz, turut mengambil tindakan sama ialah isteri beliau, Datin Ruswati Jaafar, 58, dan anak mereka, Siti Nur Syahidah, 30. Seorang lagi anak beliau, Muhammad Mujaheed, 35, sudah keluar parti itu setahun lalu.

Mengulas lanjut perkara itu, Mohd. Amar berkata, beliau percaya Mahfuz dan mereka yang sejenis dengannya akan tinggal sejarah dalam politik tanah air seperti berlaku ke atas ramai bekas ahlinya. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Share on Google Plus