loading...

‘Syukur Sempat Mandi, Kafankan Anak’

CHUKAI – “Walaupun sedih, saya dan isteri tetap bersyukur sempat balik untuk memandi dan kafankan jenazah anak kami,” Wan Mohd Kamaruzaman Wan Muhamad, bapa kepada tiga beradik yang maut dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Pekan, semalam.

Wan Mohd Kamaruzaman, 56, berkata, dia dan isteri, Rosnani Ibrahim, 53, langsung tidak menyangka dugaan berat itu menimpa ketika mereka sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci.

“Sebelum saya dan isteri berangkat, kami semua amat gembira dan sempat menasihati ketiga-tiga mereka supaya berhati-hati dalam perjalanan pulang ke Kemaman.

Nahas Tiga Beradik: Ibu Bapa Pulang Ke Tanah Air

“Saya juga sempat memesan mereka mendoakan kesihatan kami berdua sepanjang di Tanah Suci, tak sangka pula mereka yang pergi dulu,” katanya ketika ditemui di Kemaman, hari ini.

Pasangan itu mendapat berita menyayat hati apabila tiga anak kesayangan mereka, Wan Nor Afifah Wan Mohd Kamaruzzaman, 28, Wan Nor Athirah Wan Mohd Kamaruzaman, 27 dan Wan Mohd Mahathir Wan Mohd Kamaruzaman, 14, meninggal dunia dalam kemalangan terbabit, sehari selepas tiba di Madinah.

Dalam kejadian jam 5.45 pagi itu, tiga beradik terbabit bersama ibu saudara, Salmah Ibrahim, 56 dan anak Salmah, Aliyani Zawawi, 25, yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV), Cherry Easter terjunam ke dalam parit sebelum disedari orang ramai, kira-kira jam 7 pagi.

Bagaimanapun, dalam kemalangan itu, Salmah dan Aliyani yang cedera dikejarkan untuk mendapat rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Jenazah ketiga-tiga beradik itu siap dikafankan di Hospital Kemaman sebelum disolatkan di Masjid Jamek Kampung Binjai, kira-kira 7.45 malam ini.

Semua mangsa kemudian dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Kampung Binjai kira-kira jam 8 malam. – Berita Harian

Loading...

Share on Google Plus