loading...

Penat Patah Hati, Hans Isaac Tak Mahu Bercinta Lagi!

SELEPAS beberapa kali gagal dalam percintaan dan baru sahaja putus tunang, Datuk Hans Isaac dikatakan tidak mahu lagi ‘buka pintu’ hatinya kepada mana-mana wanita dalam masa terdekat ini.

Baca: Batal Majlis Kahwin, Hans Isaac Minta Ruang

“Hanya keluarga dan kawan-kawan sahaja yang tahu betapa patahnya hati saya selepas putus tunang. Memang sukar menerima hakikat itu,

“Tetapi saya kena teruskan juga kehidupan. Disebabkan itu, saya lebih suka pergi bercuti ke luar negara,” katanya dipetik daripada BH Online.

Hans atau nama sebenarnya Gerald Hans Isaac, 46, baru sahaja putus tunang dengan Gabriella Robinson yang juga merupakan bekas Ratu Cantik, pada Oktober lalu.

“Saya memang tidak mahu jumpa orang dan seboleh mungkin enggan berada di ibu negara. Pintu hati saya sudah tertutup buat masa ini untuk cari pengganti,” tambahnya yang juga sebelum ini pernah dikaitkan dengan Noor Neelofa tidak lama dahulu.

Difahamkan, pelakon kelahiran Johor Bahru itu sedang dalam perancangan untuk terbang ke London, United Kingdom pada April tahun hadapan bagi mengikuti kursus jangka pendek dalam bidang teater.

“Selama ini, saya asyik fikir pasal orang. Lakukan semua benda hanya untuk memuaskan hati orang lain dan bukannya kepuasan diri.

“Saya sudah penat menggembirakan hati orang lain gembira. Selepas ini, saya mahu ke London mengikuti kursus jangka pendek teater di sana,” ujarnya lagi yang turut merupakan pelakon filem J Revolusi.

Cita-citanya daripada dahulu ialah untuk mementaskan sebuah teater tempatan di sebuah panggung berprestij, West End.

“Mungkin dengan mengikuti kursus ini saya mampu memberi anjakan paradigma kepada pementasan teater tempatan, sekali gus merealisasikan hajat saya itu,” katanya yang akan meraikan sambutan Krismas bersama keluarga di ibu kota.

Tambahnya lagi, beliau sudah melibatkan diri dalam dunia seni sejak hampir 25 tahun dahulu.

Tak mengapalah Hans… Mungkin satu hari nanti jodoh tu yang akan datang sendiri. Tak perlu terlampau berusaha tamatkan zaman bujang. Waktu bujang ni lah boleh enjoy dulu… Tak gitu Datuk? – MYNEWSHUB.CC/AH

Loading...

Share on Google Plus