loading...

Lelaki Dikhutiri Lemas Di Pantai Puteri

MELAKA – Seorang lelaki dikhutiri lemas ketika cuba mengutip bola anak saudaranya yang terapung di Pantai Puteri, Tanjung Keling hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu Penolong Penguasa Bomba Roslan Jalil berkata menurut maklumat awal mangsa dari Klang, Selangor itu sedang bercuti bersama keluarga di sini.

“Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa berumur 35 tahun yang dikenali sebagai Mohammad Rohim Rohani sedang giat dilakukan melibatkan kawasan pencarian seluas satu atau dua batu nautika,” katanya kepada pemberita.

Katanya bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi dan operasi SAR dimulakan pada pukul 11.50 pagi dan operasi masih diteruskan.

Beliau berkata selain Jabatan Bomba dan Penyelamat turut serta dalam operasi tersebut Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM ) dan Polis Diraja Malaysia. – BERNAMA

Loading...

Share on Google Plus